Gambar Almarhum Abah
Pada Sabtu 01 Mei 2010, kami adik beradik telah sepakat untuk mengadakan sambutan Hol Almarhum Ayahanda kami dirumah pusaka di Kg Dato Bentara Luar Muar. Majlis bermula jam 10.45 pagi dimulakan dengan bacaan yassin dipimpin oleh abang yang tua Hj Azhar dan diikuti dengan tahlil dipimpin oleh Imam surau Temenggong Ahmad Jalan Daud Tn Hj Ahmad Farid.
Bacaan Yassin dan tahlil
Majlis ini juga sempena kembalinya ke Rahmatullah ibu kami baru hari yang ke 27 hari. Juga pahala bacaan yassin dan tahlil ini disedekahkan kepada arwah kakak dan adik-adik kami yang telah pergi dahulu mengadap Illahi.
Tarikh kematian Ayah, Ibu, kakak dan adik-adik:
1. Abah Hj Mohd Tahir Kudin pada 21/08/98 Jumaat 28 Rabiulakhir 1415 di Kuala Lumpur
2. Emak Hjh Aminah Abdul Raof pada 04/04/10 Ahad 19 Rabiulakhir 1431 di Kuala Lumpur
3. Kakak Hjh Ramlah pada 21/03/91 Khamis 04 Ramadan 1411 di Muar
4. Adik Azman pada 06/03/07 Selasa 06 Safar 1428 di Johor Bahru
5. Adik Tajuddin pada 19/10/04 Selasa 05 Ramadan 1425 di Kulai
6. Adik Saadiah pada 12/10/98 Isnin 21 Jamadilakhir 1419 di Kuala Lumpur
Mencukur rambut anak Zulkarnain yang ke 7
Sebelum beredar ke khemah jamuan, para jemputan bangun dan berdiri beramai berselawat dan sambil itu acara potong jambul dijalankan. Majlis ini hajat Zulkarnain untuk anaknya yang ke 7, Naimah namanya.
Jemputan wanita dan sanak saudara turut bangun berselawat
Jamuan makan tengahari dikemah dalam kawasan perkarangan rumah
Jemputan perempuan makan dianjung depan
Jamuan nasi baryani kambing gam. Daging kambing setelah masak
digam dengan kain putih dengan nasi diatasnya.
Kambing 2 ekor aqiqah sumbangan Zulkarnain
Sebelum meninggalkan majlis kerja gotong royong kemas mengemas dan
basuh membasuh dilakukan olih cucu-cucu almarhum.
Pada petangnya memandangkan semua cucu cucu almarhum ada pada ketika ini, Nain telah membeli kek harijadi untuk anaknya yang No 5, Napisah untuk dijamu dan makan bersama.
Napisah Tiup lilin
Nak agih-agihkan kek kepada semua orang
Semoga Allah jujuri Rahmat keatas roh kedua ibubapa, kakak dan adik-adik semoga mereka dibariskan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Amin....
Alfatihah..............
No comments:
Post a Comment