Duduk dari kiri : David Chan (MK), Amiruddin , Pn Maznah(Trainer), Mohd Nor Hassan (Kuantan)
En Yatim (Trainer), En Chan Yat Meng (Lecture), Mr Yee (Lecture ) , Zakariah (MK),
Md Hanapiah Md Tahir (JB), Mohd Akhir (Ipoh).
Berdiri dari kiri : Nordin Jaafar (Tampin), Sharil (Kuantan), Ismail Tambun (Dungun), Mohd Yusof Pala (JB), Lupe nama, Idris Ismail (K/Lipis), Ahmad Deraman (K/Baru), Bahrol Ali(Banting), Mohd Isa lambak (Kuantan), Azizan(Kangar), Kamaluddin (JB).
Gambar ini adalah dengan ehsan dari sahabat lama Tn Hj Idris Ismail. Posing orang lama-lama, kaki bersilang.
Gambar ini diambil semasa kami semua menghadiri kursus Basic Radio di Pusat Latihan Talikom Jalan Gurney, KL pada tahun 1973. Tempoh kursus ini berjalan selama 2 bulan kalau tak silap dari 07/05/1973 - 30/06/1973. Macam-macam perkara suka duka dan melucukan berlaku dan kalau duduk sorang sorang tengok gambar ni senyum memanjang aje. Kesemua jejaka dalam gambar ini telah pun bersara hanya seorang saja yang masih aktif lagi jadi Pensyarah Buisness Marketing di OUM Perak. Tn Hj Idris laa tu. Syabas diucapkan. Dua orang dah pun meninggal dunia. Arwah Mohd Yusof Pala, kanser otak dan Arwah Kamaluddin kemalangan jalanraya didepan rumahnya. Untuk mereka berdua. ALFATIHAH......
Rakan-rakan yang dah lupa namanya ni agaknya sahabat saya Tn Hj Idris boleh tolong ingatkan.
Sekarang ni semuanya dah bertukar wajah. MMC KL terletak di Jalan Semarak, KL. Di akhir akhir tahun berkhidmat sebelum bersara saya pernah berkursus ke MMC KL diawal tahun 2008. Suasana semuanya telah berubah mengikut keadaan semasa.
Hebat.......
Tuan Haji Md Hanapiah dan rakan-rakan yang lain, gambar ini memang cukup nostalgia. Masa itu umur baru awal 20an - masih gagah kata orang.
ReplyDeleteMasih belum biasa dengan Kuala Lumpur - jadi bila hari cuti, saya dan arwah Kamaluddin ronda-ronda KL dengan berjalan kaki, bila penat baru tahan teksi untuk balik ke TTC.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah Kamaluddin yang telah mendahului kita. Alfatihah untuknya.
Saya tambah seorang lagi yang Tuan Haji terlupa tadi, En Amiruddin (antara Chan dan Puan Maznah.
Saya jarang naik teksi. Bas mini No 20, Bangkok bank sampai Simpang keramat 20 sen saja. Kalau naik bas T Hakim bas No 3 tak salah. Jalan Raja Laut sampai restoren mamak Bismilah tambangnya 5 sen saje.
ReplyDeleteSeronok betul....